Pages

Friday, June 8, 2012

SELAMAT TINGGAL RUMAH


....ASSALAMUALAIKUM WBT...


Yezzz??!!...ary ni last day Khairul ade kat rumah.Erm..takleh la khairul nak tengok Euro..huhuhu


 Esok dah ade kat UDG..insyaAllah kalu umur panjang dan esok jugak lah bermulanya sesi pembelajaran yang pertama...pergh excited tahap gambang ni...hhahahaha. Camnerlah belajar nanti ek...hopefully, everything is gonna be okey la ek..


Okeylah, disini Khairul want to say good bye kepada followers dan yang membaca blog ni. Maybe Khairul tak sentuh lah blog ni lam mase dua tiga minggu ni. (Nampaknya, berhabuk pulak lah blog ni ek). erm...Korunk sume jangan meratapi pemergian Khairul ni ek. hehehe




Kalu korunk rindu Khairul boleh lah tgok gambar ni.hehehe.kacak x..??















k r wasalam...
kbhai....

Thursday, June 7, 2012

Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta... hari ni rasa nak test suara ckit..hehehe...
kalau sedap komen ...kalau sumbang buat senyap je..hehehe





waalaikumussalam cinta .... kbhai ...

Thursday, May 31, 2012

Welcome to UDG (University of Durian Guling)


Assalamualaikum WBT…

Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bernafas di atas bumi ini.

Rasanya sudah berhabuk akaun blogger Khairul ni kot maklumlah sibuk dengan agenda-agenda lain. Untuk makluman semua, Khairul sekarang menyambung pelajaran di UDG ( University of Durian Guling aka SMKADG) dalam bidang agama.

Alhamdulillah, suasana di tempat baru baik-baik sahaja sangat sesuai untuk belajar dengan lebih baik. Memang lah baru-baru masuk ke sini terdapat sedikit culture shock (kejutan budaya) tapi mujurlah kejutan yang positif. Kejutan positif yang dimaksudkan ialah di disini menitik beratkan Islamic Lifestyle ke dalam diri pelajar-pelajar. Dimana gaya hidup islam ini bukan sahaja perlu di amalkan di pusat pengajian tetapi amalan ini haruslah diserap ke dalam diri kita dan masyarakat kerana Islam merupakan addin yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

Bagi Khairul di mana pun kita belajar semua nya sama sahaja yang penting perlulah ada keazaman yang maksima untuk kita berjaya. Kalau kita bijak, kita tidak perlu mengejar kejayaan tapi sebaliknya kejayaan itu mengejar kita.

Hakikat perjalanan sebuah kehidupan tiada siapa mampu menduga apa yang akan berlaku dalam diari kehidupan masa hadapan. Apa pun perancangan kita, di sana ketentuannya pasti akan kembali pada Allah. Kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.

Kadang-kadang kita mahukan sesuatu, namun Allah mengurniakan sebaliknya. Jika kita muhasabah diri mungkin ini satu ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Justeru kita perlu pasrah dan redha di atas kehendakNya.

Wassalam … J
 

Thursday, May 3, 2012

Penulis Jemputan : Kau Sahabat Kau Teman


Karya : Fyza Ishak


"Assalamualaikum. Mak,oo Mak."

Dian yang baru pulang dari sekolah bergegas ke dapur. Matanya melilau mencari kelibat ibunya. Ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama ibunya.

"Ye Dian. Yang kau terjerit jerit tu kenapa? Mak tengah solat tadi."

"Ni mak. Dian nak bagitau mak. Dian dapat 7A tau dalam percubaan,"Dian menguntum senyum.

"Percubaan apa pulak ni? Kau ni banyak sangat percubaan nye. Yang mana satu?"Mak Salmah bingung.

"Mak ni. Percubaan Dian ada satu jela. Yang hari tu Dian cakap tu, Result semua da keluar. Dian dapat 7A. Mak happy tak?"

"Alhamdulillah nak. Mak harap kamu jangan leka dengan keputusan tu. Belajar lagi. Kamu la satu satunya harapan mak. Bila kamu nak SPM?"

"Insyaallah . Lebih kurang 3bulan kot."Dian tidak yakin dengan jawapannya.

"Kamu ni ada main kot kot pulak. Tak kan tak ingat lagi?"

"Tak la mak,"Dian tersengih.

"Dah,kau pergi tukar baju tu. Solat lepas tu kita boleh makan sama sama."

"Baiklah mak."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dian menutup buku rujukannya. Konsentrasinya terganggu apabila mendengar suara sekumpulan pelajar perempuan.Dia tidak menyangka Hidayah dan Amalina dapat menjejakinya walaupun dia sudah duduk di bahagian belakang sekolah.

"Wei, Dian. Dah dah la tu. Kau tak payah la nak study sangat. SPM lama lagi kot."Hidayah mengambil buku yang dipegang oleh Dian.

"Dayah,aku nak study la. Pulang la buku aku tu balik."

Dian cuba mengambil bukunya. Namun , ketinggian Hidayah memberi kelebihan kepadanya.

"Yang kau nak study je kenapa?Ohh,mentang mentang la kau anak kesayangan cikgu,kau saja je kan nak perhatian," Amalina melontarkan ketidak puasan hatinya.

"Ya Allah,aku tak berniat pun  nak buat macam tu Ina. Korang da salah paham ni."

"Cukup cukup la dengan lakonan kau tu. Naik berbulu mata aku tengok. Depan cikgu pijak semut pun tak mati. Belakang macam perempuan murahan."kata Hidayah sambil melemparkan buku Dian.

"Astagfirullahalazim. Apa yang kau cakap ni Dayah? Kenapa korang tak habis habis buat aku macam ni. Apa salah aku kat korang hah?"

Dian mula menitiskan air matanya. Sungguh dia terkejut dengan tuduhan Hidayah.

"Oh,kau nak tau la ni? Kau tau tak,sejak kau masuk, semua cikgu dah tak pandang aku lagi. Konon kau je yang boleh buat semua. Semua pertandingan yang aku masuk kau yang gantikan."Amalina mula meluahkan perasannya.

"Ina,bukan aku yang nak tempat tu. Cikgu yang beria suruh aku masuk. Aku tak pandang semua tu Ina,"nada suara Dian mula berubah.

"Lagi satu, kau dah rampas Amirul dari aku. kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je. Kau cermin la diri tu sikit. Amirul tu kaya. Kau tu kayap."

Serentak itu ketawa mereka berdua pecah.Amalina dan Hidayah menekan nekan perut mereka menahan ketawa.

"Ni tudung kau ni layak buat kain buruk rumaa aku je."

Hidayah menarik narik tudung labuh milik Dian itu. Dian cuba menghalang namun tenaga Hidayah agak kuat.

"Woi, apa yang korang buat ni?"

Kehadiran Amirul bersama Khairani memeranjatkan Amalina dan Hidayah.Perbuatan mereka terhenti.

"Da datang da hero kita ni. Blah la wei," Amalina menarik tangan Hidayah pergi meninggalkan Dian.

Dian yang sudah terduduk membetulkan tudungnya. Air mata yang masih berbaki di lap.

"Kau ni Dian.Lembut sangat la sampai dieorang boleh buli kau. Kau lawan la,"Nasihat Khairani sambil membersihkan baju Dian yang kotor.

"Aku malas la. Mereka tu ganas . Kang tak pasal pasal aku tak amek SPM tahun ni."

"Ala, kau tu yang lembut sangat. Kan aku dah ajar macam mana nak lawan mangkuk 2 ekor tu. kau tak ingat ke?"Khairani sudah memulakan episod ceramahnya.

"Da la. Aku tak nak besarkan hal ni. Lagipun diaorang da pergi kan."Dian cuba menyelesaikan perkara tersebut.

"Tu nasib baik aku dengan Amirul datang. Kalau aku la jadi kau, da lama aku karate 2 ekor monyet tu. Nasib baik la aku bukan kau."

"Dian pun tak nak jadi kau la. Yang kau membebel dari tadi tu kenapa?"Amirul mencelah.

"Aku cuma nak nasihatkan minah lembik ni je. Kau ni mentang mentang la buah hati. Cakap pun ala ala manja gitu,"Khairani mula mengusik.

"Apa la yang kau merepek ni? Tak habis habis nak kenakan aku dengan Dian. Ntah ntah kau yang syok kat aku tak?"Amirul memulangkan paku buah keras.

"Kau dah lebih ni. Ada ke kata aku syok kat kau yang muka macam jamban roboh. kau nampak tak penumbuk aku ni. Jangan sampai hinggap kat muka kau,"Khairani mula mengenggan penumbuknya.

"Dah la. Korang pula  nak bergaduh. Jom balik. Dah lewat ni. Kang risau mak bapa kita."Dian meleraikan pertelingkahan yang berlaku

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Okay pelajar ,kamu boleh hantar homework kamu pada Liyana ye."

Dian mahu mengambil begnya . Tangannya meraba bahagian dalam beg namu bukunya tidak dijumpai. Riak mukanya mula berubah. Dian taku akan didenda dan dimarahi.

"Kenapa ni Dian? Kau ok tak? Buku kau tertinggal ke?"Pertanyaan bertugi tubi daripada Khairani membuatkan Dian semakin gelisah.

"Buku aku takde la Khai. Aku rasa aku dah letak dalam beg ni. Aku yakin. Tapi sekarang dah takde."

"Cuba kau cari betul betul. Ingat balik kat mana kau letak,"Khairani cuba mententeramkan Dian.

"Aku yakin aku da letak dalam beg. Pagi pagi tadi aku dakeluarkan tapi sekarang dah takde.Macam mana ni?"

"Dian Wahyuni,kamu sorang je belum hantar buku. Mana buku kamu?"tanya Cikgu Norlia.

"Err.. errr.. saya... saya...."

"Sejak bila kamu gagap ni? kamu tak siapkan ye ?"

"Saya dah siapkan. Saya dah bawak tapi sekarang dah takde."Dian jujur.

"Habis takkan la buku tu boleh ghaib pulak?"

"Memang betul cikgu. Tadi ada, sekarang........"

"Cukup.Kamu pergi berdiri dekat luar sampai masa saya habis. Ni la budak sekarang. Baru cemerlang sikit dah pandai menipu."rungut Cikgu Norlia.

Dian menurut. Dia hanya menundukkan kepalanya. Perasaan malu menerpa dirinya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"We, mangkuk,kau kan yang amek buku Dian tadi?"sergah Khairani pada Hidayah dan Amalina.

"Yang kau nak menuduh tu kenapa? Kau sure ke memang kitaorang yang amek?"bentak Hidayah.

"Habis siapa lagi. Memang kau jela yang busuk hati sangat dengan Dian kan? Baik kau pulangkan sebelum penumbuk aku ni naik kat muka kau."

Khairani sudah mengenggam penumbuknya namun dihalang oleh Dian.

"Da la tu Khai. Kau nak menumbuk je ni kenapa? Jangan la gaduh gaduh macam ni,"Dian mulai rimas.

"Ni 2 ekor mangkuk tingkat memang patut diajar. Tak habis habis menyusahkan hidup orang."

"Ina, Dayah. Betul ke korang yang amek buku aku tu? Korang boleh pulangkan tak buku aku tu?"tanya Dian lembut.

"Memang aku yang amek. Aku sakit hati tengok kau je yang kena puji. Sekali sekala kan kena marah. Apa salahnya?"Amalina  tersenyum puas.

"Ok, aku pun dah kena denda. Boleh tak kau pulangkan buku aku balik?"

"Ohh,nak balik buku kau ea? Actually, aku dah koyak kan buku kau tu. So,tempat dia hanya layak berada dalam tong sampah,"kata Hidayah selamba.

"Hah!"jerit Dian tidak percaya.

"Kau jangan la nak terkejut sangat. Memang buku tu kitaorang dah buang. Kalau kau nak balik buku kau, tu dalam tong sampah tu."Amalina menundingkan jarinya ke arah sebuah tong sampah.

Dian segera berlari ke arah tersebut. Ternyata,Amalina dan Hidayah tidak berbohong. Bukunya sudah menjadi cebisan cebisan kecil. Air matanya tumpah melihat bukunya yang tidak bersalah diperlakukan sedemikian.

"Kau ni dah melampau tau,"serentak itu penumbuk Khairani singgah tepat di pipi Amalina.

"Aduhhh!"Amalina mengerang kesakitan. Tangannya mengelap darah yang mulai keluar.

"Ni baru sikit tau. Kalau kau berani usik Dian lagi,kau tau la nasib kau,"Khairani memberikan amaran keras sambil berlalu meninggalkan Amalina dan Hidayah.

"Kurang hajar!"jerit Amalina .

"Kau tengoklah nasib kau nanti,"sambung Amalina.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khairani membetulkan tudungnya yang senget.Dia membuka beg untuk mengambil buku rujukannya. Namu, dia terkejut apabila beberapa ekor katak melompat keluar dari begnya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaa,"jeritan Khairani memeranjatkan Dian.

"Kenapa ni Khai?Yang kau terjerit jerit tu apahal?"tanya Dian.

"Ni, kau tengoklah dalam beg aku ni. Ada 2 ekor katak. Sejak bila pulak aku ternak berudu dalam beg sekolah aku ni?"Khairani menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Issh,kau ni. Mula la nak merepek tu. Katak la binatang yang paling kau tak suka kan. Macam mana binatang ni ada dalam beg kau?"giliran Dian pula menggaru garu kepalanya.

"Shit, ni mesti kerja 2 mangkuk hayun tu. Diaorang memang nak kena dengan aku."

"Mangkuk mana pulak pergi sekolah ni?"tanya Dian lurus.

"Ala kau ni lampi la. Si Amalina dengan Hidayah la. Siapa lagi yang nak kacau minah cun macam aku ni."

"Kau ni perasan betul la. Kau tak baik tau main tuduh tuduh."nasihat Dian.

"Ni bukan tuduh la. Aku confirm. Cuba kau tengok beg kau pulak,"saran Khairani

Dian membuka begnya. Dia terkejut melihat keadaanya bukunya yang sudah basah. Hampir semua bukunya sudah dilimpahi dengan air.

"Ya Allah,habis basah semua buku aku."

"Wei,macam mana boleh basah ni.Air kau tumpah ke?"

"Aku mana la pernah bawa air Khai macam mana nak tumpah."

"Aku dah agak, ni mesti kerja Amalina dengan Hidayah.Nak kena budak ni."

Khairani baru hendak melangkah tetapi sudah dihalang oleh Dian.

"Dah la. Jangan nak bergaduh. Buku aku tu boleh kering kan. Jom balik. Dah hujan ni."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dian melilaukan matanya. Dia mencari kelibat Amalina. Sudah hampir seminggu dia tidak hadir ke sekolah akibat demam.Kini, kelibat Amalina pula tidak kelihatan.

"Khai, dari tadi aku tak nampak Amalina.Dayah je yang ada. Mana dia?"tanya Dian ,risau.

"Ni yang aku nak cerita ni. Ada cerita sedih yang aku nak bagitahu kau...."

"Apa dia? Cepatlah cakap?"tanya Dian tidak sabar.

"Parents dia kemalangan. Ayah dia tidak dapat diselamatkan. Mak dia pula masih di ICU."

Dian terpana. Sungguh dia tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.

"Dengar cerita Hidayah pula,Ina masih bersedih. Dia tak mahu buat apa apa pun. Berkurung je dalam bilik dia,"terang Khairani lagi.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Habis macam mana Khai? SPM tak lama lagi. Boleh ke dia hadapi dengan tenang?"

"Insyaallah Dian. Kita doakan la agar dia boleh berjaya dengan cemerlang,"ujar Khairani lagi.

"Amin."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalina merenung bukunya dengan pandangan kosong. Apa yang diajarkan oleh Cikgu Norlia langsung tidak diendahkan. Walaupun hampir sebulan peristiwa sedih itu berlaku,kesedihannya masih terasa.

"Amalina,kau ok?"tegur Hidayah.

"Hmm,ok,"balas Amalina pendek.

"Kau jangan la mcam ni. Risau tau aku. Tak lama lagi SPM da datang. Kalau kau terus macam ni macam mana masa depan kau nanti?"

"Masa depan aku dah gelap Dayah. Aku da tak bersemangat untuk SPM nanti."air matanya sudah bergenang.

"Kau tak boleh macam ni Ina. Kau yang masih hidup kena teruskan ."

"Betul cakap Dayah tu."sampuk Dian .

"Hei, kau nak apa ni? Jangan sibuk sibuk boleh tak?"jerit Amalina.

"Ina ,aku bersimpati dengan kau. Aku cuma nak berkawan dengan kau,"terang Dian.

"Tak payah la kau nak tunjuk simpati kau tu. Kau suka kan tengok aku macam ni. Memang ni kan yang kau nak tengok,"tengking Amalina.

"Ina, aku memang nak berkawan dengan kau. Kau sudi tak kawan dengan aku?"Dian menghulurkan tangan tanda persahabatan.

"Sampai bila bila pun kita tak akan berkawan la."Amalina bingkas bangun meninggalkan Dian dan Hidayah.

"Maaflah, Dian. Ina tu memang keras hati. Aku pun nak mintak maaf atas semua kesalahan aku yang pernah aku buat dekat kau. Kita kawan kan ?"Hidayah mengulurkan tangannya.

"Ye,kita kawan."Dian menyambut huluran tangan Hidayah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ayah, kenapa ayah tinggalkan Ina cepat sangat. Ina tak kuat ayah,"rintih Amalina.

"Ina, kau buat apa bawah pokok sorang sorang ni?"tegur Dian.Dian turut duduk di sisi Amalina.

Amalina segera mengelap air matanya.

"Yang kau sibuk tu kenapa? Aku punya hal la. Kau jangan nak busy body boleh tak?"

"Ina, aku cuma nak kongsi masalah dengan kau. Aku pun pernah kehilangan ayah. Aku da rasa semua tu. Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita dekat aku."

Amalina terdiam .Dia tidak menyangka Dian sanggup mendengar masalahnya.

"Dian,aku nak mintak maaf sangat sangat dengan kau. Sejak kau masuk, aku da buat macam macam dekat kau. Kau tak pernah balas perbuatan aku.Aku banyak sakitkan hati kau."

Amalina sudah menangis teresak esak di bahu Dian. Sesungguhnya, dia menyesal atas perbuatannya yang lalu.

"Ina, semua orang buat salah kan. Aku pun tak terlepas,"pujuk Dian.

"Tapi aku lain. Aku memang sengaja buat semua tu. Aku benci dengan kelebihan yang ada pada kau. Sekarang, aku da dapat balasannya."

"Ina, kita lupakan hal lama tu. Sekarang kita kena fokus dengan SPM."

"Aku tak kuat la Dioan. Aku rapat dengan ayah aku. Mak aku pun masih  belum pulih sepenuhnya. Macam mana aku nak study dengan tenang,"tangisan Amalina makin menjadi jadi.

"Ina, mak kau kan masih ada. kau bahagiakanlah dia sementara dia masih ada. Masih sempat kan?"

"Terima kasih, Dian. Aku tak sangka kau masih nak maafkan aku setelah apa yang aku dah buat,"Amalina mula mengesat air matanya.

"Sedangkan Nabi ampunkan umatnya,apalagi kita manusia biasa kan?"

Amalina hanya tersenyum.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang ditunggu tunggu tiba. Keputusan SPM sudah keluar.Dian sudah bersiap siap untuk ke sekolah.

"Mak, Dian pergi dulu,"Dian mencium tangan ibunya.

Setibanya di sekolah,keputusan sudah di umukan. Dian segera mendapatkan Khairani.

"Khai, kau da amek belum. Jom,"ajak Dian.

Dian dan Khairani beratur untuk mengambil keputusan mereka. Dian menguntum senyum apabila melihat keputusannya.

"Kau dapat berapa Dian?"tanya Khairani.

"Alhamdulillah Khai. Aku dapat A tegak. Aku tak sabar nak bagitahu mak aku,"Dian tersenyum puas.

"Congrates Dian,"ucap Khairani.

"Kau dapat berapa?"

"Alhamdullillah. Semua A tapi banyak A- la. Aku tak sehebat kau,"ujar Khairani perlahan.

"Ok la. Kita masih boleh mohon course yang sama kan."

"Congrates Dian, Khaii,"tegur Amalina dan Hidayah serentak.

"Korang punya result macam mana?"jerit Khairani ,memandangkan suasana riuh dipenyhi dengan gelak tawa para pelajar.

"Alhamdullillah. Not bad la. Cukup untuk membuatkan parents kami bangga,"ujar Hidayah.

"Ni mesti straights kan?"tanya Dian sambil menyimpul senyum.

"Alhamdulillah. Sama dengan korang."

Serentak itu mereka berempat ketawa. Masing masing rancak bercerita perihal hidup masing masing memandangkan sudah lama tidak berjumpa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dian mengatur langkahnya laju. Dia tidak sabar mahu memberitahu ibunya.

"Dian.. Dian ,, tunggu aku kejap,"teriak Amirul

Teriakan Amirul menghentikan langkahnya.

"Congrates. Aku berbangga dengan keputusan kau. Kau antara pelajar cemerlang tau,"beritahu Amirul gembira.

"Alhamdulillah. Berkat doa ibu dan cikgu . Kau ?"

"Aku cuma dapat 7 je. "

"Ok la tu. Ok la, aku nak balik ni. Nak bagitahu mak aku."

"Nanti, Dian,"Amirul menahan Dian dari pergi.

"Cakap la cepat. "

"Aku,, aku,,,"Amirul gagap.

"Apa dia ni?"

"Aku suka dekat kau. Aku nak kau jadi pakwe kau. Kau nak tak?"

Dian terdiam. Kemudian, dia menguntum senyuman manis.

"Mirul, aku mintak maaf. Aku tak boleh terima. Aku mahu menumpukan pada pelajaran dulu. Aku tak mahu terlibat dalam percintaan dalam usia yang muda ni,"terang Dian.

"Tapi Dian......"

"Aku mintak maaf. Aku kena pergi dulu. Assalamualaikum."

Dian berlalu meninggalkan Amirul yang ternyata kecewa

"Waalaikumsalam. Terima kasih Dian,"balas Amirul. Walaupun kecewa, dia menhormati keputusan Dian.

THE END :)

Penulis Jemputan : Cinta Dalam Diam


http://samsiahfamily-samsiah.blogspot.com/

Nurkilan: Qaseh Samsiah.

Disaat aku jatuh cinta terhadap mu,
Engkau tidak memperdulikan aku,
Aku tahu siapa diri ku,
Aku hanya seorang wanita yang tidak punya apa-apa.

Cukup payah untuk aku terima segalanya,
Tapi,aku ingin mencuba untuk melupakan mu,
Tapi setiap kali aku melihatmu pasti aku tersenyum,
Hakikatnya aku sakit memendam rasa ini.

Cinta ini tidak akan diluahkan pada sesiapa-siapa,
Cinta ini akan kekal dihati,
Namun aku akan berusaha untuk memadamkan dalam ingatan,
Tapi aku tidak berdaya.

Sesungguhnya aku tahu cintaku ini hanya sia-sia,
Ibarat aku melukut ditepi gantang,
Andai cinta ini tiada kesudahan aku terima,
Kerana sudah tersurat takdir cinta kita.

Akan ku abadi kan cinta ku ini,
Tapi jika hati ini jatuh cinta lagi,
Pastinya itu makna cinta ku ini bukan milik mu,
Jika kita bertemu kembali pastinya cinta itu milik kita.

Perpisahan jalan terbaik demi persahabatan kita,
Akan ku pergi jauh meninggalkan mu,
Aku tahu kamu tidak rugi apa-apa,
Tapi yang pasti cinta ku terhadap mu bukan cinta mainan..

Disaat ini aku berusaha untuk melupakan mu,
Dan pastinya jika aku dah pergi jauh,
Aku tak melihat lagi wajah mu pasti nama mu luput dalam ingatan ku..
Melupakan lebih baik dari mengingati...




# Cinta dalam diam yang tiada kesudahan dan akhirnya terpaksa melupakan ... Akhirnya dia berharap supaya dapat menemui cinta sejati dan juga cinta "High class"

# saya tulis karya ini saja2 je untuk masuk contest ni..Maaf kalau tak sempurna...
Terima kasih kerana sudi baca dan terima karya ini

# karya ini hanya rekaan semata2..tiada mengena ngan sesiapa2
Sekian QS

Wednesday, May 2, 2012

A lot thank you for all

well, im so impressed to my friends coz support me in many way what i do.
i need more supporter for make im always ready in future.
ini ialah antara kawan2 yang yang sempat saye highlight kan ..

http://samsiahfamily-samsiah.blogspot.com/
http://i-think-of.blogspot.com/
http://fizadiaryyy.blogspot.com/
http://firdausrodzali.blogspot.com/
http://diriku94.blogspot.com/
http://iamontheway-qaireen.blogspot.com/
http://haruno-hana.blogspot.com/
http://fazieyla.blogspot.com/

sape2 yang teringin nak masuk lam blog saye ..inform je ... insyaAllah akan ditunaikan...

Friday, April 27, 2012

Sambung Belajar

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, setelah berfikir panjang untuk menyambung pelajaran akhirnya Khairul memutuskan untuk memasuki ke Tingkatan Enam di SMKA Durian Guling dalam jurusan agama.


Alah...kena pakai baju sekolah agi ke...??...mesti ramai yang menyuarakan kata macam ni kan. Khairul pun apa kurangnya...hehehe...


Kenapa Khairul memutuskan untuk ke Tingkatan 6 ?


 MUDAHNYA BELAJAR STPM MELALUI SISTEM MODULAR 2012

1. Pembelajaran mengikut konsep sem seperti di universiti. Di hujung stiap sem/penggal,ada


peperiksaan STPM hanya utk sem itu shj.

2. Beban pljr berkurang


-Sem baru,topik baru.



-Topik sem sblm ditinggalkan dan tidak lagi disoal dalm STPM sem baru

3. Bg setiap sem,pljr hanya blaja 3 atau 4 topik shj utk diuji dlm sst sem/penggal


4. ada 3x peperiksaan STPM utk 3 penggal bg topik berbeza , untungnya kerana:-



a) x perlu bljr byk topik


b) berpeluang membaiki sjil pd sem brikutnya


c) x prlu by yuran peperiksaan



d) kputusan STPM scara purata utk msuk universiti

5. Pljr dibenarkan utk memperbaiki kputusan peperiksaan STPM sem/penggal 1 & 2 pd hujung

 penggal 3 ( bln Nov )

6. kptusan penggal 3 bole dibaiki pd Mac/April 



p/s daripada https://www.facebook.com/SamsiahCheOne

Belajar kat mana-mana pon same jer cuma yang penting ialah kita haruslah bersungguh dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah kita akan berjaya..


Friday, April 20, 2012

Motivasi untuk menjadi insan yang berjaya



Assalamualaikum wbt.... 


Kadang-kadang ketika kita mendapat sesuatu yang tidak menyenangkan apakah yang kita akan dilakukan... mungkin sekali kita akan mencarut dan menyumpah seranah. contoh nya jika tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mungkin ini yang dituturkan "apa lah cikgu ni pasal dia lah aku fail"... ataupun dimarahkan oleh boss "eleh orang tua yang tak sedar diri ni asyik nk kondem orng je yang diri dia tu buruk tak sedar.."


apa pun ni semua hanyalah lumrah hidup, kita sebagai sebaik-baik umat harus lah baiki diri untuk menjadi success...







disini ada beberapa kata-kata hikmah motivasi dimana insyaAllah boleh membawa kita ke arah kejayaan. 



  • Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
  • Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
  • Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
  • Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • kejayaan perlu ada ilmu jika tanpa ibarat pohon yang tidak berbuah.
  • sekali gagal tidak semestinya gagal selamanya.
  • Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.
  • doa dan tawakal adalah penting untuk memastikan hakikat kejayaan dapat dicapai.

Sirah Rasulullah boleh diambil sebagai iktibar dimana baginda berusaha dalam menyebarkan dakwah kepada musyrikin Mekah walaupun dicaci, dikhianati, dan pelbagai lagi tohmahan yang diterima. Walaupun begitu baginda tetap tabah dalam dakwahnya serta berjaya menarik ramai pengikutnya. Jadi kisah ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita untuk menjadi insan yang berjaya.... 

Insya'Allah..

Wednesday, April 18, 2012

Soal Jawab Agama bersama USTAZ Al-andre

Assalamualaikum wbt.....

ramai yang bertanya kepada saya berkenaan agama di FB saya https://www.facebook.com/UstazAlAndreOriginal .... jadi apa salahnya jika sya kongsikan jawapan saya di Blogger pulak.. tak rugi pon di mana Rasulullah juga pernah bersabda " BARANGSIAPA YANG YANG MENEMPUH SATU JALAN UNTUK MENDALAMI ILMU MAKA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN SATU JALAN KE SYURGA" hadis riwayat MUSLIM

ni antara soalan-soalan di FB

TERBITKAN BUKU BERKENAAN HADIS PALSU

SUAMI YANG TIDAK MEMBERI NAFKAH

MIMPI PINTU

RESTU IBU BAPA UNTUK BERKAHWIN

HUKUM PAKAI BAJU KARTUN

DENGAR LAGU ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


Saya rasa setakat ni dulu la post nye..jika ade masa nanti sya post lagi...INSYAALLAH ....

Tuesday, March 13, 2012

Lirik Dakmie - Assalamualaikum Cinta ost 7 Petala Cinta





Semakin hebat rinduku
Semakin deras degupku
Semakin teguh cintaku kepadamu...

Hembusan nafasku saluti
Kata-kata penuh bermakna
Semua rinduku tersusun dihati

Tujuh petala... cinta
Berbisiklah kedengaran
Terhamparlah syahadah
Titik percintaan...

Kasih... Dengarkanlah rindu kepadamu
Cinta... Kepadamu hidup untukmu

Kasih.. Ku dicinta
Hatiku bergema hiasi cahaya
Bersemilah rasa..

SEMOGA TERHIBUR... :p

Tarikh result SPM > 21 Mac 2012



Betul ke ni...jadi tinggal 8 hari lagi la..sob3

Monday, March 12, 2012

Coming Soon > Result SPM

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

ary ni Khairul rase sedor diri sikit yang result SPM akan keluor 9 hari lagi(22 mac 2012)..rase macam xleh tido ade gop ni..hihihi..agak nye gane ahu nsib khairul ni...kawan2 tolong lah doakan Khairul dapat result yang molek neh...



doakan khairul dapat result macam ni ek...

Saturday, March 10, 2012

Konspirasi Olimpik London 2012

Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Secara majoritinya, berkemungkinan sudah ramai yang menantikan temasya sukan Olimpik London 2012. Ada banyak official promo  tersiar di televisyen mahupun di radio. Ada juga yang sudah mengambil langkah pertama dengan mendapatkan souvenir(cenderamata) sukan Olimpik ini.
Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.
 
Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?
 
Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.
 
Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.


Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo
Shell.
 

Olimpik Beijing yang lalu

Logo yang satu ni juga tidak terlepas dengan konspirasi iaitu berkaitan dengan gambar singa Judah. Bani Israel memuja symbol singa sehingga dianggap sebagai kewajipan dalam upacara keagamaan.
anda mungkin tertarik dengan bentuk maskot yang sangat cute ini, dan mungkin anda tidak percaya bahawa maskot yang digilai ramai ini merupakan gambaran Dajjal(mata satu=lihat pada maskot ini). Dajjal ini sinonim dengan tanda besar berlakunya kiamat. Dajjal akan keluar akibat munculnya fitnah yang dasyat. Tujuannya adalah untuk melawan gerakan Islam serta berusaha untuk membuat fitnah dalam hal agama dengan menggunakan pengetahuan, kepakaran dan kekuatannya.
Ni pula pasal stadium rasmi Olimpik London ini. Lihat kat tepi-tepi stadium tu ade bentuk pyramid kan..??..Menurut penyelidik konspirasi pyramid adaptasi dari kerajaan Firaun.
 
Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?

Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon
 

Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')

Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien'  'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .

Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua
.


Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...

Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.

'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.

Rujukan   : Buku Teori Konspirasi Rahsia Simbol Yahudi
                :http://www.wikipedia.org/
                :https://www.google.com.my/
                :http://www.youtube.com/