Assalamualaikum wbt....
Kadang-kadang ketika kita mendapat sesuatu yang tidak menyenangkan apakah yang kita akan dilakukan... mungkin sekali kita akan mencarut dan menyumpah seranah. contoh nya jika tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mungkin ini yang dituturkan "apa lah cikgu ni pasal dia lah aku fail"... ataupun dimarahkan oleh boss "eleh orang tua yang tak sedar diri ni asyik nk kondem orng je yang diri dia tu buruk tak sedar.."
apa pun ni semua hanyalah lumrah hidup, kita sebagai sebaik-baik umat harus lah baiki diri untuk menjadi success...
disini ada beberapa kata-kata hikmah motivasi dimana insyaAllah boleh membawa kita ke arah kejayaan.
- Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
- Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
- Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
- Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
- Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
- kejayaan perlu ada ilmu jika tanpa ibarat pohon yang tidak berbuah.
- sekali gagal tidak semestinya gagal selamanya.
- Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.
- doa dan tawakal adalah penting untuk memastikan hakikat kejayaan dapat dicapai.
Insya'Allah..
2 comments:
Memang selalu kita tidak akan mendapat apa yang ingin kita gapai. Dalam maksud mudah, gagal.
Tapi, jadikan kegagalan sebagai salah satu tanda aras untuk kita mencari jalan penyelesaian yang lebih baik untuk mencapai cita-cita tersebut.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan gagal dan pelajari faktor itu dan elakkan kerana orang bijak dan berjaya tidak akan jatuh ke lubang yang sama 2 kali bukan.
Nice entri. Salam
terima kasih atas pendapat itu..