Pages

Tuesday, March 13, 2012

Lirik Dakmie - Assalamualaikum Cinta ost 7 Petala Cinta





Semakin hebat rinduku
Semakin deras degupku
Semakin teguh cintaku kepadamu...

Hembusan nafasku saluti
Kata-kata penuh bermakna
Semua rinduku tersusun dihati

Tujuh petala... cinta
Berbisiklah kedengaran
Terhamparlah syahadah
Titik percintaan...

Kasih... Dengarkanlah rindu kepadamu
Cinta... Kepadamu hidup untukmu

Kasih.. Ku dicinta
Hatiku bergema hiasi cahaya
Bersemilah rasa..

SEMOGA TERHIBUR... :p

Tarikh result SPM > 21 Mac 2012



Betul ke ni...jadi tinggal 8 hari lagi la..sob3

Monday, March 12, 2012

Coming Soon > Result SPM

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

ary ni Khairul rase sedor diri sikit yang result SPM akan keluor 9 hari lagi(22 mac 2012)..rase macam xleh tido ade gop ni..hihihi..agak nye gane ahu nsib khairul ni...kawan2 tolong lah doakan Khairul dapat result yang molek neh...



doakan khairul dapat result macam ni ek...

Saturday, March 10, 2012

Konspirasi Olimpik London 2012

Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Secara majoritinya, berkemungkinan sudah ramai yang menantikan temasya sukan Olimpik London 2012. Ada banyak official promo  tersiar di televisyen mahupun di radio. Ada juga yang sudah mengambil langkah pertama dengan mendapatkan souvenir(cenderamata) sukan Olimpik ini.
Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.
 
Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?
 
Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.
 
Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.


Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo
Shell.
 

Olimpik Beijing yang lalu

Logo yang satu ni juga tidak terlepas dengan konspirasi iaitu berkaitan dengan gambar singa Judah. Bani Israel memuja symbol singa sehingga dianggap sebagai kewajipan dalam upacara keagamaan.
anda mungkin tertarik dengan bentuk maskot yang sangat cute ini, dan mungkin anda tidak percaya bahawa maskot yang digilai ramai ini merupakan gambaran Dajjal(mata satu=lihat pada maskot ini). Dajjal ini sinonim dengan tanda besar berlakunya kiamat. Dajjal akan keluar akibat munculnya fitnah yang dasyat. Tujuannya adalah untuk melawan gerakan Islam serta berusaha untuk membuat fitnah dalam hal agama dengan menggunakan pengetahuan, kepakaran dan kekuatannya.
Ni pula pasal stadium rasmi Olimpik London ini. Lihat kat tepi-tepi stadium tu ade bentuk pyramid kan..??..Menurut penyelidik konspirasi pyramid adaptasi dari kerajaan Firaun.
 
Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?

Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon
 

Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')

Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien'  'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .

Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua
.


Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...

Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.

'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.

Rujukan   : Buku Teori Konspirasi Rahsia Simbol Yahudi
                :http://www.wikipedia.org/
                :https://www.google.com.my/
                :http://www.youtube.com/

Thursday, March 8, 2012

Gempar# Konspirasi Olimpik London 2012