Assalamualaikum WBT…
Syukur ke hadrat ALLAH SWT
kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bernafas di atas bumi ini.
Rasanya sudah berhabuk akaun
blogger Khairul ni kot maklumlah sibuk dengan agenda-agenda lain. Untuk
makluman semua, Khairul sekarang menyambung pelajaran di UDG ( University of Durian Guling aka SMKADG) dalam bidang
agama.
Alhamdulillah, suasana di
tempat baru baik-baik sahaja sangat sesuai untuk belajar dengan lebih baik.
Memang lah baru-baru masuk ke sini terdapat sedikit culture shock (kejutan
budaya) tapi mujurlah kejutan yang positif. Kejutan positif yang dimaksudkan
ialah di disini menitik beratkan Islamic Lifestyle ke dalam diri
pelajar-pelajar. Dimana gaya
hidup islam ini bukan sahaja perlu di amalkan di pusat pengajian tetapi amalan
ini haruslah diserap ke dalam diri kita dan masyarakat kerana Islam merupakan
addin yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.
Bagi Khairul di mana pun kita
belajar semua nya sama sahaja yang penting perlulah ada keazaman yang maksima
untuk kita berjaya. Kalau kita bijak, kita tidak perlu mengejar kejayaan tapi
sebaliknya kejayaan itu mengejar kita.
Hakikat perjalanan sebuah
kehidupan tiada siapa mampu menduga apa yang akan berlaku dalam diari kehidupan
masa hadapan. Apa pun perancangan kita, di sana ketentuannya pasti akan kembali pada
Allah. Kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.
Kadang-kadang kita mahukan
sesuatu, namun Allah mengurniakan sebaliknya. Jika kita muhasabah diri mungkin
ini satu ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Justeru kita
perlu pasrah dan redha di atas kehendakNya.
Wassalam … J
0 comments: